Pages

Wednesday, 16 November 2011

Sekolah Rendah ku.

Assalamualaikum.
Hari ni aku nak kongsi kat korang tentang sekolah rendah ku.




Serba sedikit tentang sekolah rendah ku.
SK Mengkabong 
Terletak di sebuah perkampungan nelayan kira-kira 5 km jauhnya dari Pekan Tuaran. sekolah ini terletak di atas sebuah bukit di tengah-tengah kampung tersebut. sejarah penubuhan sekolah bermula pada tahun 1959.

1930an,
Pertambahan penduduk mencecah 1000 orang menyebabkan sekolah perlu diubuhkan.

15 Ogos 1939,
Goverment Primary School(GPS) Mengkabong ditubuhkan. hanya mempunyai 1 bilik darjah sahaja dengan bilangan murid seramai 33 orang yang kesemuanya lelaki. mengajar kemahiran 3m dengan murid diantara umur 10-13 tahun dengan tenaga pengajar 3 orang termasuk Guru Besar Tuan Awang Matusin.

1963,
Bangunan sekolah ditambah kepada 3.

1976,
Bangunan sekolah yang baru dibina di atas bukit yang sama siap akhir tahun 1980.

1981,
Bangunan baru siap sepenuhnya di bawah Guru Besar Tuan hj. Abbas Hj. Ariffin.

1990,
 Sekolah ini mempunyai 1 bilik pejabat Am dan bilik Guru Besar, 8 buah bilik darjah, 1 pusat sumber, 1bilik pemulihan khas, 1 bilik rehat guru, 2 tandas,2 stor untuk pendidikan jasmani. bilangan murid 537 orang dengan seorang guru besar, seorang penolong kanan I, penolong kanan HEM, penolong Kanan KOKUM dan seorang penyelia petang. terdapat seramai 33 orang tenaga pengajar dan 7 orang kakitangan bukan mengajar.

Sekolah ini mempunyai 2 sidang iaitu sidang pagi untuk murid Tahap 2 dan sidang petang untuk murid Tahap 1.

aku dapat dari blog bekas guru ku sendiri,


Walau pun sekolah ku tak cantik seperti sekolah-sekolah yang lain tapi aku bangga dengan sekolah ku yang terus berdiri teguh di atas bukit dan telah melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya.

Ni laluan nak p bilik guru n kelas darjah 6(sidang pagi) darjah 2(sidang petang) ni time zaman aku sekolah tapi tak tahu la pula kalau da ada berubahan sekarang.

Banyak kenangan aku di sekolah ni dahulu, aku paling ingat semasa aku darjah 2melati, masa rehat dengan pantas aku naik tangga nak p kantin dengan silap langkah aku tergelincir maka dahi ku terhantuk kat anak tangga ke tiga then dahi ku luka.
Nasib baik ada cikgu rosdi tolong aku time tu, tapi cikgu tu da pindah time aku darjah 3.
terima kasih cikgu rosdi.

Banyak sangat kenangan aku kat sekolah ni, tak dapat nak hilangkan dari ingatan aku.
:)

BELAJAR, BERILMU, BERBAKTI

0 comments:

Post a Comment