Pages

Monday, 14 November 2011

Good Luck Candidate SPM.



Alhamdulillah,
Aku masih lagi di beri kesempatan untuk meneruskan kehidupan seperti biasa. Hari ini aku nak cer kat blog aku ni berkenaan SPM.
Bukan aku nak cer pasal aku nak ambil SPM tahun ni, Tidak, tidak n tidak. Sebab aku sudah alami situasi ini 4tahun yang lalu (SPM08). Masa tu memang gelabah tahap dewa la katakn. haha.
Itu cer 4tahun yang lepas.

Bila sebut je perkataan SPM mesti ramai yang takut dengan exam ni. Mesti la kan SPM ni menentu masa depan dan akan tunjuk jalan mana akan korang jalani selepas SPM.
Dalam fikiran akan ada persoalan macam ni "mesti susahkan soalan SPM", "Aku risau la tak dapat taget SPM ni"
Persoalan ni semua akan alami macam tu juga aku dulu masa nak ambil SPM'08, macam-macam persoalan yang berada di kepala otak sebelum SPM mula tapi bersyukur juga la dengan tenangkan fikiran dan tidak memikirkan masalah yang berlaku pada aku, aku dapat lalui exam SPM dengan tenang dan jayanya.

Kenangan aku bila exam SPM berlangsung adalah masa subjek PENDIDIKAN SENI VISUAL sebab subjek ni betul-betul berlangsung tarikh b'day aku. Gembira sangat-sangat sebab sudah buat yang terbaik dalam PSV kertas 3 akhirnya aku dapat B3.
Tapi sayangnya kawan-kawan aku tak dapat tunaikan hajat merekan nak siram aku dengan air warna time tu.
:)
Itu time aku SPM '08


Di sini aku nak katakan semoga berjaya calon-calon SPM di seluruh MALAYSIA,
Terutama sekali CARTA HATI aku la kn sebab dia pon ambik SPM tahun ni.
Dia da belajar dengan bersungguh selama 3tahun untuk (PMR), 2tahun untuk (SPM)
so sekarang tiba masa untuk dia  dan korang semua buktikan dan keluarkan segala ilmu yang selama ini di pelajari.


Hari pertama nak duduki exam yang besar ni pasti akan gelabah tahap dewa tapi bila hari kedua exam akan berkurangan gelabah itu.
korang tak paya la nak risau, yang penting korang jawab je macam biasa n bagi jawapan yang logik jangan pula bagi jawapan yang menyimpang dari soalan.
Kalau bagi jawapan yang menyimpang tu sudah tentu keputusan nanti pun akan menyimpang.
hahaha.

 P/S : Usaha tangga kejayaan.

0 comments:

Post a Comment