Pages

Saturday, 22 October 2011

kartun zaman kanak-kanak ku.

Hari ini aku nak kongsi kartun time zaman aku kanak-kanak plak.

~KARTUN YANG PERTAMA~ 
Siapa yang lahir pada tahun 90an mesti tahu dengan kartun yang aku maksudkan ini. Kartun tu adalah KELUANG MAN, siapa yang tak kenal dengan watak BORHAN sebagai KELUANG MAN yang di bantu oleh SAMAD sebagai TIONG MAN. Mesti korang kenal la sebab kartun ni memang popular la time zaman aku kanak-kanak dulu tapi abg aku la paling minat ngan kartun KELUANG MAN ni kalau boleh tiap-tiap minggu dia akan tengok kartun ni.

~KELUANG MAN & TIUNGMAN~

Kalau pagi pemuda ni duduk kat HOSPITAL BAHAGIA je tapi kalau malam plak bertukar menjadi pembela manusia yang mengalami kesusahan.
Aku rasa ini la kartun animasi superhero yang pertama kat malaysia.

~KARTUN YANG KEDUA~
Kartun animasi yang kedua aku minat ialah USOP SONTORIAN


Kartun ni gak popular juga la time aku kanak-kanak dulu. Budak-budak yang lahir tahun 80an dan 90an adalah peminat setia USOP dan kawan-kawan dia iaitu ABU, DOL dan juga SINGH


Jalan cerita kartun ni menarik minat kanak-kanak sebab berkisah aktiviti-aktiviti budak kampung macam aku dlu gak la ngan kawan-kawan suka main meriam time malam raya, suka mandi sungai dan aktiviti lain-lain.


Kartun ni memang best la sampaikan 1keluarga boleh tengok kartun ni. Time macam ni takde orang lain akan ganggu nak tukar-tukar chanel tv.
Ada banyak lagi kartun animasi time kanak-kanak dulu tapi yang aku layan sangat KELUANG MAN & USOP SONTORIAN je la. Kartun ANAK-ANAK SIDIK aku layan juga la sebab banyak beri pengajaran kepada penonton yang menonton kartun ni. 
Apa-apa pun kartun MALAYSIA memang best walau pun tak setanding dengan kartun luar negara tapi aku bangga juga la ada juga kartun buatan anak malaysia lepas ke luar negara macam kartun UPIN IPIN.

~KARTUN MALAYSIA TERBAIK~

0 comments:

Post a Comment