Pages

Friday, 28 October 2011

Jom tengokkkkk "alamak toyol"

Filem
Akan ditayangkan 3 November 2011. Rasa-rasanya macam nak tengok je Filem ni, baru tengok Di balik tabir Alamak Toyol kat astro prima da rasa best derrr.. Lawak sangat Toyol moden ni. hahaha :)

Dialog Along Raja Lawak untuk Toyol.
"Aku bagi kau 1 peluang lagi kalau tak aku hantar kau kat rumah anak-anak yatim."
Lawak derr,
 adakah patut Toyol nak di hantar kat rumah anak-anak yatim. haha.
apeee pon tak bolehhh.

Angah & Along Raja Lawak serta adik Afiq Izzudin.
Jom tengok ramai-ramai kat Pawagam..
siapa yang tak dapat tengok tu, tengok gambar pon jadilah..

Thursday, 27 October 2011

Siapa bakal JUARA PIALA MALAYSIA 2011.?

Assalamualaikum semua.
Hari ini aku nak update blog aku tentang bola sepak Malaysia yang semakin hangat di perkatakan oleh semua rakyat Malayisa terutamanya rakyat TERENGGANU & NEGERTI SEMBILAN yang mara ke FINAL PIALA MALAYSIA 2011 pada hari Sabtu ni 29/11/2011.

Kedua-dua pasukan ni sama-sama HEBAT sebab mempunyai pemain yang berkualiti dan juga mempunyai pengurus pasukan yang sangat-sangat berpengalaman. Pada peringkat separuh akhir mereka telah menewaskan lawan masing-masing.

Aku tabik springgg la dengan Abdul Manaf Mamat ni, jaringan pertama time lawan SELANGOR tempoh hari memang CHANTIK derrr guna tumit kaki je... :)
Perlawanan akhir nanti pasti dia akan diturunkan lagi.

Shahurain (Kecik) juga tak kurang hebat macam Abd Manaf.
Kecik pernah bantu N9 menjaringkan gol ketika lawan KELANTAN dan menjuarai LIGA MALAYSIA 2009.
Mungkin 2011 ni dia dapat membantu N9 lagi.

Tuah ayam nampak di kaki, Tuah manusia di mana-mana saja.
Itu semua rezeki masing-masing.
Walau pun SABAH dan KEDAH tak dapat masuk Final kali ni aku akan sokong TERENGGANU akan juara LIGA MALAYSIA 2011.

Sunday, 23 October 2011

I Always Support MANCHESTER UNITED.


Aku tak tahu nak cakap apa bila MANCHESTER UNITED di cincang oleh jiran 
setempat MANCHESTER CITY
Ramai yang caci maki MANCHESTER UNITED bila da kalah, rasa sedih siottt 
bila tengok player UNITED ni yang banyak bagi ruang kat CITY untuk menjaringkan gol. Macam tak menjadi percaturan Sir Alex pada hari ni. uhuhu..
Aku pon xtau nak kata apa lagi.

korang tengok la sendiri.. 
~apeee pon tak bolehhh~

Dialog Sir Alex kepada Rooney.

Dialog 1.
Sir : Aku nak jual kau, aku nak beli safiee sali.

Dialog 2.
Sir : Menyesal aku bagi kau main, kalau aku tau bagus aku masukan Ramli.

Tak apa la, kalah sekali tak bermakna akan kalah dengan perlawanan seterusnya. Masih banyak lagi perlawanan yang akan berlangsung so pasti akan menerajui liga.

Opsss!!!! silap nama la plak. sepatutnya nama Ramli yang kat tengah-tengah tu.
hehehe...

~I ALWAYS SUPPORT MANCHESTER UNITED~

Saturday, 22 October 2011

kartun zaman kanak-kanak ku.

Hari ini aku nak kongsi kartun time zaman aku kanak-kanak plak.

~KARTUN YANG PERTAMA~ 
Siapa yang lahir pada tahun 90an mesti tahu dengan kartun yang aku maksudkan ini. Kartun tu adalah KELUANG MAN, siapa yang tak kenal dengan watak BORHAN sebagai KELUANG MAN yang di bantu oleh SAMAD sebagai TIONG MAN. Mesti korang kenal la sebab kartun ni memang popular la time zaman aku kanak-kanak dulu tapi abg aku la paling minat ngan kartun KELUANG MAN ni kalau boleh tiap-tiap minggu dia akan tengok kartun ni.

~KELUANG MAN & TIUNGMAN~

Kalau pagi pemuda ni duduk kat HOSPITAL BAHAGIA je tapi kalau malam plak bertukar menjadi pembela manusia yang mengalami kesusahan.
Aku rasa ini la kartun animasi superhero yang pertama kat malaysia.

~KARTUN YANG KEDUA~
Kartun animasi yang kedua aku minat ialah USOP SONTORIAN


Kartun ni gak popular juga la time aku kanak-kanak dulu. Budak-budak yang lahir tahun 80an dan 90an adalah peminat setia USOP dan kawan-kawan dia iaitu ABU, DOL dan juga SINGH


Jalan cerita kartun ni menarik minat kanak-kanak sebab berkisah aktiviti-aktiviti budak kampung macam aku dlu gak la ngan kawan-kawan suka main meriam time malam raya, suka mandi sungai dan aktiviti lain-lain.


Kartun ni memang best la sampaikan 1keluarga boleh tengok kartun ni. Time macam ni takde orang lain akan ganggu nak tukar-tukar chanel tv.
Ada banyak lagi kartun animasi time kanak-kanak dulu tapi yang aku layan sangat KELUANG MAN & USOP SONTORIAN je la. Kartun ANAK-ANAK SIDIK aku layan juga la sebab banyak beri pengajaran kepada penonton yang menonton kartun ni. 
Apa-apa pun kartun MALAYSIA memang best walau pun tak setanding dengan kartun luar negara tapi aku bangga juga la ada juga kartun buatan anak malaysia lepas ke luar negara macam kartun UPIN IPIN.

~KARTUN MALAYSIA TERBAIK~

Wednesday, 19 October 2011

I L I K E G A M E F O O T B A L L

Assalamualaikum..
Hari ni aku nak kongsi minat aku je la kat korang walaupun korang tak minat apa yang aku minat.. :)
Minat yang aku maksudkan tu ialah TOP ELEVEN- FOOTBALL MANAGER
Aku rasa game ni memang terbaik la bagi aku antara game2 yang ada kat FACEBOOK tu. Kebanyakkan game pun yang golongan wanita je yang main. Game untuk lelaki pun POKER, NINJA SAGA dan TOP ELEVEN je kalau aku tak silap.

Game TOP ELEVEN- FOOTBALL MANAGER ni pun 
baru je aku join tapi tiap-tiap hari dapat main..
Sekali main mesti nak main berkali-kali..

ni gambar time aku menang match..
 serba sedikit dapat melonjak team aku kat persada LIGA SATU

Ni kedudukan selepas 21 perlawanan.. 
perlawanan 22 & 23 dapat keputusan seri je so team aku turun kedudukan ke 3 liga.
Ada 3 match lagi tuk menentukan kedudukan teratas, selepas tu dapat naik LIGA lagi..

Aku tak sangka plak player team aku dapat penjaring terbanyak :)
HENDRO ABDURAHMAN top player team aku so dia juga lah player maker..

P/S : Aku suka sangat2 sukan bola sepak.. apa2 game bola je aku main je yang penting dapat kepuasan..

Friday, 7 October 2011

:: Friendly Match ::




     Senarai pemain yang akan di turun dalam perlawanan persahabatan antara MALAYSIA vs AUSTRALIA.

MALAYSIA
Penjaga gol: 
Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), 
Farizal Marlias (Negeri Sembilan).

Pertahanan:
Muslim Ahmad (Harimau Malaya),
Norhafiz Zamani Misbah (Negeri Sembilan), 
Farisham Ismail (Kelantan),
Faizal Muhamad (Harimau Malaya),
Mahali Jasuli (Harimau Malaya),
Asraruddin Putra Omar (Selangor),
Zubir Azmi (Terengganu).

Tengah:
Amar Rohidan (Kedah),
K Reuben (UKM), 
Joseph Kalang Tie (Terengganu),
Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (Harimau Malaya),
S Kunanlan (Negeri Sembilan),
Baddrol Bakhtiar (Kedah),
Khyril Muhymeen Zambri (Kedah),
Yong Kuong Yong (Kuala Lumpur),
K Gurusamy (HarimauMalaya).

Penyerang: 
Safee Sali (PelitaJayaFC), 
Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan),
Izzaq Faris Ramlan (Harimau Malaya),
Shahrizal Saad (Johor FC)


AUSTRALIA
Penjaga gol:
Mark Schwarzer (Fulham),
Adam Federici (Reading).

Pertahanan:
Lucas Neill (Al Jazira),
Sasa Ognenovsk (Seongnam Ilhwa),
Michael Zullo (FC Utrecht),
Luke Wilkshire (Dinamo Moscow),
Rhys Williams (Middlesbrough),
Matt Spiranovic (Urawa Reds).

Tengah:
Tim Cahill (Everton),
Matt McKay (Rangers),
Brett Holman (AZ Alkmaar),
Mile Jedinak (Crystal Palace),
Neil Kilkenny (Bristol City),
Carl Valeri (Sassuolo),
James Troisi (Kayserispor),
Adam Sarota (FC Utrecht).

Penyerang:Joshua Kennedy (Nagoya Grampus),
Alex Brosque (Shimizu S-Pulse),
Robbie Kruse (Fortuna Dusseldorf).