Pages

Saturday, 31 December 2011

Selamat Tinggal 2011.

Assalamualaikum semua..
2011 bakal meninggalkan kita tak lama lagi.
 

Bagi korang 2011 ade ape.?
Mesti banyak perkara yang berlaku kat atas diri korang kan tahun 2011.?
perkara tu baik or sebaliknya.
Sama seperti aku juga banyak yang berlaku yang baik dan sebaliknya,
Aku tak boleh menafikan la 2011 banyak kenangan yang berlaku kat atas diri aku, 
antaranya ::

~Aku bkerja sbagai pembantu pengawas kat salah sebuah 'U' kat Sabah. Memang pengalaman pertama yang aku pernah alami sepanjang hidup aku, sebelum ni cikgu yang mengawas time aku exam skolah menengah then aku plak mengawas student 'U'.

~2Minggu selepas aku jadi pembantu pengawas, aku di trima tuk bljar kat 'U' yang sama aku kerja dulu. Memang aku tak sangka la dapat sambung bljar tp dari pringkat bawah dahulu sebelum p DIPLOMA.

~Selepas habis sem 1 kat sna aku dapat kptusan yg boleh aku sambung peringkat DIPLOMA.
Syukur ALHAMDULILLAH sekarang da masuk DIPLOMA.

~(PD0021A1) Sem1 aku dapat classmate baru yang sebelum ni aku tak kenal asal usul drang. hehe..
Selama 5bulan bersama ngan classmate ku kami ibarat macam adik-bradik tak kira umo brpa.

~(BM1111A*) Sem kli ni plak dapat mmber baru jga tp xserapat macam sem yg lepas. uhu..
masing2 ngan diri sendiri.

~kenangan yang paling best n akan ingat sampai bila2, SKUAD HARIMAU MALAYA menang pingat EMAS bola sepak sukan sea INDONESIA. Tak sia2 sokongan aku kat HARIMAU MALAYA.

~Banyak lagi prstiwa yg aku alami. kalau nak cer kat sini memang panjang bejelar la aku taip. 
hahaha..

Tak lama lagi akan naik la 1 angka.. :)
Tuk terakhir kali tahun 2011 aku update blog ni.
hehe..
Senang cer la ttup buku lama, buka buku baru.
:)

~SELAMAT TINGGAL 2011~

Friday, 30 December 2011

Apa maksud COCA COLA.?

Assalammualaikum.
Hari ini aku nak update tentang minuman COCA COLA, korang suka tak ngan minuman ni.?
Mesti la korang suka kn.?
tak la semua yg suka..
betul tak.?

Ok, minggu lepas aku pernah dengar kawan aku cakap tentang COCA COLA then dia cakap maksud COCA COLA lg.
So masa tu aku dengar je apa yang dia cakap coz aku tak nak bantah apa yang dia cakap lagi2 kalau perkara yang aku kurang arif.
Perkara ni aku da lpakan tapi bila aku online then p kat google terus aku taip APA MAKSUD COCA COLA.? pehhhh, banyak blog yang citer sal minuman ni tapi ade 2 or 3 blog je yang menarik minat aku tuk baca isi dalam blog drang tu.
So tanpa buang masa aku klik ke blog mne yang aku nak baca, Bila aku baca tentang ni baru ku tau maksud di sebalik COCA COLA.

seperti dalam pic ni.
Korang pernah tak terfikir hal ni.?
aku langsung tak terfikir hal ni.
baru hari ini aku tau maksud sebenarnya.
*LA = TIADA.

Aku tak cerita panjang berjelar2.
So jangan biarkan kita diperbodohkan.
renung2kan dan selamat berfikir.

Nota jari jemari :: cerita ini hanya untuk berkongsi.

Friday, 23 December 2011

~Suatu Malam Kubur Berasap~

Assalamualaikum pelawat2 blog ku..
Agak lama juga la aku tak update ape2 kat blog ne, tiap hari sibuk nak p kuliah je.
Cuti?
Cuti tak lama lagi. :)
Sebut je pasal cuti Pasti korang suka sangatkan.??
tipu la kalau tak suka bila cuti..
aku pon suka juga kalau cuti dapat relax kat rumah tp assignment ttp akan ade bila cuti tiba.
haha..
sorry la kalau aku melencong sebentar.. haha.
Aku bukan nak cer sal cuti.. aku nak cer pasal filem yang baru keluar kat PAWAGAM kelmarin. 
"Filem Suatu Malam Kubur Berasap".
Kelmarin last kuliah da kteorg sebelum masing2 balik kg nak b'cuti, so dengan rancangan tak d sengajakan kteorg pakat ramai2 nak p tgk wayang, Filem yang kat bawah ni la..


Sampai je kat 1B jam 12.58pm terus kteorang beli tiket utk 9org, show filem ni jam1.05pm.


So jumlah tiket untuk 9org RM55.
8TIKET tuk STUDENT n 1TIKEET tuk BIASA coz member yg sorg ne lpa bawa kad matrixnya..
nvermind yang penting dapat tgk filem ni ngan classmate.

pehhhh.. best dohhh filem ni..
Seram2 lawak.. hahaha..
Yang seram muzik filem ni je yang wat penonton terkejut termasuk la sorang classmate aku tekejut.. hahha
tak henti2 nak jerit.. hahaha.. kalau aku ade lemah jantung mungkin aku kot pergi dulu dari die.. hahahha..
WATAK yang menghidupkan filem ni watak angah yang gagap, azrul yang sengau n along yg gila2 or mat bunga asyik nak mngorat awek je keje die last2 mengorat awek hantu....
haha.. padan muka engko along.. haha..

AKU rasa memang berasap la kat dalam pawagam tu kelmarin dengan lawak along n ZACdiamond..
aq tak tahan ngan alip ba ta along ne.. nak gelak je klu ingat ayat die lagi2 ngan riaksi muka die yang mmang lawak tu.. hahaha..
Zac plak nak lari dari hantu pon baca la ayat krusi ke ne tak boleh2 lari dari hantu nyanyi lagu sepohon kayu.. hahahaha.. memang tak boleh blaaaa la.. haha..

Ape2 pon siapa yang belum tengok tu, p la tengok k..
tengok ngan mmber baru best.. jangan tengok sorang2..
hahhaa..

Ada tangan, tangan siapa yg sepah2 nanti anjing gigit siapa yang susah..

Wednesday, 7 December 2011

~Ombak Rindu~

Assalamualaikum.

Da lama aku tak kunjung blog ni, aku rasa2 da banyak habuk kot kat dalam blog ne.. haha
Tak kisah la banyak habuk or tak yang penting aku nak citer pasal OMBAK RINDU. 
OMBAK RINDU yang di adaptasi 
dari.. 
NOVEL

1st time aku dengar Filem ne rasa2 nak tengok je. Ramai yang cakap filem ni best sangat, time tu aku tak tau la best or tak coz aku belum lagi tengok.. :)

Ahad lepas lagi aku nak tengok tapi xde kesempatan nak tengok but now aku dapat juga tengok filem ne dengan classmate aku, andie n khairul. Ambil kesempatan xde kelas petang p tengok wayang. 
haha.. terbaikkkk..

Andie yang ajak kteorang tengok coz die yang nak sangat tengok filem ne.. akhirnya dia dapat juga tengok.. hahaha.
Dia boleh bg kesimpulan filem ne bagi 5bintang derrr.. hahaha
sampaikan dia menangis time part2 yg menyentuh perasaan..

Tapi yang paling lawak bila c hariz n izzah nak berpeluk or ape ntah td tu ade plak suara budak kecik berkata 'tak malu'... hahaha. Tu yg part kteorg gelak.. haha

Aku boleh kata filem ini memang best.

Nota jari jemari :: TERBAIKKKKKK...


Sunday, 27 November 2011

~Nazmi Faiz~

ASSALAMUALAIKUM
Aku nak citer tentang NAZMI FAIZ.


Siapakah Nazmi Faiz.?
korang kenal tak.?
pasti la korang kenal kan sebab nama dia da HOT sejak akhir-akhir ni. Nama dia Meningkat dengan dengan mendadak lagi-lagi masa sukan sea kat indonesia.

Muka macam kaka.?
sekali pandang betul macam kaka tapi kalau da dua kali pandang xmacam kaka pon.
Umur baru 17 tahun sebaya dengan CARTA HATI aku. hahaha


 Pertama kali aku tengok dia main time kat indonesia tu aku memang rasa dia memang player yang bagus tapi sekarang memang sudah terbukti dia memang bagus.
Kalau dia main je mesti dapat control bola dengan baik, pandai open game dan relax.
memang terbaikkk la..

~Kenali NAZMI FAIZ~ 


Happy B'day To Me.

ASSALAMUALAIKUM.

 Aku nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR kat diri aku sendiri (layan diri nampak) hahaha, dan selamat tahun baru kat korang semua (kalendar islam).


Hari ini bday aku 27/11 so kat dalam blog ni aku nak ucap terima kasih kat family, member n CARTA HATI yang da ucapkan bday aku. kalau aku nak send msg kat korang semua 1/1 memang kering juga la kerdit aku jawabnya so kat blog ne je la aku TERIMA KASIH kat korang k. :)

Bukan nak kedekut tapi nak save bajet. hahaah


To CARTA HATI tq sentiasa ingat bday aku dan telefon aku semalam gara2 nak wish aku.. hehe.
owh ye, tq juga k coz da nyanyi hpy b'day tuk aku walau pon suara sayang tak sedap yang penting IKHLAS.
Hehe, jangan marah ye..
Msg mu ne wat aku teringat sebelum kta couple plak tau.. hahaha
"aku mulanya jual mahal akan tetapi apabila kau mula putus asa ingin menjauh, aku mula merasa rupanya aku menyukai kau walaupon kita bekenalan melalui laman muka buku"
hehehe.. 

Nota jari jemari ku : Walau pun kau tak cantik tapi HATI kau cantik.

TERBAIKKKKKKK... 

coz wish my b'day

korang memang TERBAIKKKKK..

Saturday, 26 November 2011

[D]ia [B]udak [S]ekolah~

ASSALAMUALAIKUM Semua.
Hari ini aku nak kongsi pengalaman minggu pertama aku 21 - 25.11.11 sebagai Pelajar UiTM sem 2 part 1 Diploma in Business Studies (DBS).


Sebelum kuliah bermula esok hari macam-macam perasaan yang ada kat dalam hati aku dan kepala otak aku,
apa yang ada kat kepala otak aku time tu..?
1. Macam mana la situasi esok dalam kelas dengan member baru.?
2. Siapa lecturer yang bakal mengajar kami nanti.? tegas or tak orangnya.?
3. Harap-harap member baru sporting macam member kelas aku time precom PD0021A1.

Kelas ACC,
Jam 8.15am lecturer da masuk pehhhh hensem derrr muka jambu bukan jambu air mahu pun jambu batu tu ok. haha... 
Perempuan dalam kelas tu pon 'CHAIR' derrr bila tengok lecturer ACC.
Kenyataannya dia memang sangat BAIK dan senang cara dia mengajar kiteorang semua.

Kelas BEL,
 Lecturer yang paling tegas yang mengajar kami. pehhhh sikit pon tak boleh nak bawa bergurau.
Tempat duduk pon dia bagi tentukan. hahah. Macam budak sekolah rendah la pula.
Malangnya, tempat duduk kiri dan kanan ku adalah perempuan. Aku tak biasa coz aku rasa tak selesa nak belajar (pelikkan tabiat aku) hahaha.. tu la kenyataannya.

Kelas MATH,
 Lecturer baik tapi tegas. maker pen pon di suruh beli sendiri.. hahaha.. kawan aku cakap lecturer kami kedekut maker pen. aku tak kisah la yang penting baik. Paling hebat lecturer kami ni dalam masa 2jam 1bab dia boleh habiskan. hahaha.. Siapa tak faham tanya la kawan sebelah, kalau malas tanya tertinggal bas la jawabnya... hahaha.

Kelas MGT,
Lecturer kami ni perempuan, dia cuti bersalin tapi kami belum jumpa lagi.
tapi lecturer pengganti kami lelaki, lecturer yang mengajar MGT time aku precom sem lepas.
Best juga la dia mengajar coz ada buat lawak n kelas tak bosan walaupun ada juga bosan.. hahaha

Kelas CTU,
 Lecturer dia baik dan pandai buat lawak Tapi dia sangat tegas kalau soal agama lagi2 kalau perempuan yang tak pakai tudung time kelas dia coz dia ustaz.. hehe.. 
terbaikkkk..


Kelas HBU,
Tiap2 Petang isnin pula semua part 1 DIPLOMA ade kokum. Berkawad derrrrr..
Aku suka berkawad sebab sudah lama tak turun padang kawad ne.
last aku kawad pun time f5 (2008) beberapa tahun yang lalu.
Kesatria paling ramai yang join coz 1sem je then next sem boleh pilih sukan, kebudayaan or truskan dengan KESATRIA.


TERBAIKKKKKKKKKKKK..

Tuesday, 22 November 2011

Rasa rugi, Rasa bangga dan Rasa semangat.

Assalamualaikum semua.

Yang aku boleh katakan kat blog aku ni,
Rasa rugi, Rasa bangga dan Rasa semangat.


~RASA RUGI~
Aku rasa rugi la derr xdapat tengok perlawanan MALAYSIA vs INDONESIA semalam.
Perlawanan akhir tu la yang aku tunggu-tunggu sejak harimau malaya masuk FINAL,
Aku rasa macam xnak join je taklimat kokum semalam, aku sanggup nak balik rumah nak tengok perlawanan akhir tu tapi taklimat & pendaftaran KOKUM tu WAJIB sertai kalau tak join sia-sia 'repet' sem depan. uhu.
Aku dapat tengok pun ulangan sepakan penalti je tapi tetap tak rasa puas hati.
Aku nak juga tengok ulangan perlawanan sepenuhnya.

~RASA BANGGA~
Aku rasa bangga sebab malaysia menang pingat EMAS bola sepak 2 tahun berturut-turut. Senyum lebar derrrr.. hahaha.


Aku tak pernah putus asa nak sokong HARIMAU MALAYA mahu pon maki SKUAD HARIMAU MALAYA kalau mereka kalah ke ape ke malah aku bangga.
Aku tak kisah kedaan harimau malaya macam mana yang aku tahu aku sokong harimau malaya sampai bila-bila.
>TANAH TUMPAHNYA DARAH KU<
MALAYSIA.

~RASA SEMANGAT~
Aku rasa semangat nak teruskan sokongan aku kat harimau malaya.


Di dada ku hanya HARIMAU MALAYA.
>WIRA NEGARA<






TAHNIAH HARIMAU MALAYA.


Friday, 18 November 2011

Harimau malaya mengauuumm GAGAH.

Assalamualaikum semua.
Hari ini aku nak kongsi kegembiraan aku semalam tentang HARIMAU MALAYA menang.
HEBAT derrr....

Stadium Utama gelora bung karno d banjiri dengan laut merah tapi
Persembahan HARIMAU MALAYA semalam memang lain dari sebelum ini, memang tak di sangka-sangka la. Banyak peluang yang terhidang semalam tapi tak de rezeki nak bolos banyak.
Peluang yang banyak tak dapat di sempurnakan oleh Izzaq, betul-betul dia buat fan kat malaysia xsenang duduk dengan peluang yang dia ada.
peluang depan mata derrr.

CEMAS, CEMAS n CEMAS.
Jiran aku pon tak senang duduk, macam nak roboh je flat ni dengan jeritan mereka.
hahaha..
Malaysia boleh dapat lebih 1 jaringan semalam tapi ape boleh buat xde rezeki.
1 jaringan tu pon da buat fan malaysia bangga semalam.

Hasil jaringan Syahrul.

Tapi yang xbestnya sebelum mula perlawanan.
ape sal tuan rumah tak hormat lagu kebangsaan malaysia.??
suka suki hati drang je tak hormat lagu kebangsaan orang lain.
kalau lagu kebangsaan drang b'kumandang kat malaysia, kteorg hormat je.
uhuhu..
apeee pon tak bolehhh.

tak kisah la kalau rakyat indonesia tak hormat yang penting HARIMAU MALAYA da menang semalam.
Terima la hakikat yang korang da kalah lawan team MALAYSIA.

Jangan asyik nak maki hamun je ok.

Fikir-fikirkan dan selamat beramal.
HARIMAU MALAYA mengauuuuuummm GAGAH...

Wednesday, 16 November 2011

Sekolah Rendah ku.

Assalamualaikum.
Hari ni aku nak kongsi kat korang tentang sekolah rendah ku.




Serba sedikit tentang sekolah rendah ku.
SK Mengkabong 
Terletak di sebuah perkampungan nelayan kira-kira 5 km jauhnya dari Pekan Tuaran. sekolah ini terletak di atas sebuah bukit di tengah-tengah kampung tersebut. sejarah penubuhan sekolah bermula pada tahun 1959.

1930an,
Pertambahan penduduk mencecah 1000 orang menyebabkan sekolah perlu diubuhkan.

15 Ogos 1939,
Goverment Primary School(GPS) Mengkabong ditubuhkan. hanya mempunyai 1 bilik darjah sahaja dengan bilangan murid seramai 33 orang yang kesemuanya lelaki. mengajar kemahiran 3m dengan murid diantara umur 10-13 tahun dengan tenaga pengajar 3 orang termasuk Guru Besar Tuan Awang Matusin.

1963,
Bangunan sekolah ditambah kepada 3.

1976,
Bangunan sekolah yang baru dibina di atas bukit yang sama siap akhir tahun 1980.

1981,
Bangunan baru siap sepenuhnya di bawah Guru Besar Tuan hj. Abbas Hj. Ariffin.

1990,
 Sekolah ini mempunyai 1 bilik pejabat Am dan bilik Guru Besar, 8 buah bilik darjah, 1 pusat sumber, 1bilik pemulihan khas, 1 bilik rehat guru, 2 tandas,2 stor untuk pendidikan jasmani. bilangan murid 537 orang dengan seorang guru besar, seorang penolong kanan I, penolong kanan HEM, penolong Kanan KOKUM dan seorang penyelia petang. terdapat seramai 33 orang tenaga pengajar dan 7 orang kakitangan bukan mengajar.

Sekolah ini mempunyai 2 sidang iaitu sidang pagi untuk murid Tahap 2 dan sidang petang untuk murid Tahap 1.

aku dapat dari blog bekas guru ku sendiri,


Walau pun sekolah ku tak cantik seperti sekolah-sekolah yang lain tapi aku bangga dengan sekolah ku yang terus berdiri teguh di atas bukit dan telah melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya.

Ni laluan nak p bilik guru n kelas darjah 6(sidang pagi) darjah 2(sidang petang) ni time zaman aku sekolah tapi tak tahu la pula kalau da ada berubahan sekarang.

Banyak kenangan aku di sekolah ni dahulu, aku paling ingat semasa aku darjah 2melati, masa rehat dengan pantas aku naik tangga nak p kantin dengan silap langkah aku tergelincir maka dahi ku terhantuk kat anak tangga ke tiga then dahi ku luka.
Nasib baik ada cikgu rosdi tolong aku time tu, tapi cikgu tu da pindah time aku darjah 3.
terima kasih cikgu rosdi.

Banyak sangat kenangan aku kat sekolah ni, tak dapat nak hilangkan dari ingatan aku.
:)

BELAJAR, BERILMU, BERBAKTI

Tuesday, 15 November 2011

Berserah pada ALLAH S.W.T

Assalamualaikum dan salam sejatera semua.

Hari ini aku tak nak taip panjang lebar la sebab aku tak tau nak taip ape, 
so ape yang aku boleh taip kat blog ni adalah,


Perempuan yang baik hanya untuk Lelaki yang baik, 
Perempuan yang jahat hanya untuk Lelaki yang jahat.

Renung-renungkan la.

Monday, 14 November 2011

Good Luck Candidate SPM.



Alhamdulillah,
Aku masih lagi di beri kesempatan untuk meneruskan kehidupan seperti biasa. Hari ini aku nak cer kat blog aku ni berkenaan SPM.
Bukan aku nak cer pasal aku nak ambil SPM tahun ni, Tidak, tidak n tidak. Sebab aku sudah alami situasi ini 4tahun yang lalu (SPM08). Masa tu memang gelabah tahap dewa la katakn. haha.
Itu cer 4tahun yang lepas.

Bila sebut je perkataan SPM mesti ramai yang takut dengan exam ni. Mesti la kan SPM ni menentu masa depan dan akan tunjuk jalan mana akan korang jalani selepas SPM.
Dalam fikiran akan ada persoalan macam ni "mesti susahkan soalan SPM", "Aku risau la tak dapat taget SPM ni"
Persoalan ni semua akan alami macam tu juga aku dulu masa nak ambil SPM'08, macam-macam persoalan yang berada di kepala otak sebelum SPM mula tapi bersyukur juga la dengan tenangkan fikiran dan tidak memikirkan masalah yang berlaku pada aku, aku dapat lalui exam SPM dengan tenang dan jayanya.

Kenangan aku bila exam SPM berlangsung adalah masa subjek PENDIDIKAN SENI VISUAL sebab subjek ni betul-betul berlangsung tarikh b'day aku. Gembira sangat-sangat sebab sudah buat yang terbaik dalam PSV kertas 3 akhirnya aku dapat B3.
Tapi sayangnya kawan-kawan aku tak dapat tunaikan hajat merekan nak siram aku dengan air warna time tu.
:)
Itu time aku SPM '08


Di sini aku nak katakan semoga berjaya calon-calon SPM di seluruh MALAYSIA,
Terutama sekali CARTA HATI aku la kn sebab dia pon ambik SPM tahun ni.
Dia da belajar dengan bersungguh selama 3tahun untuk (PMR), 2tahun untuk (SPM)
so sekarang tiba masa untuk dia  dan korang semua buktikan dan keluarkan segala ilmu yang selama ini di pelajari.


Hari pertama nak duduki exam yang besar ni pasti akan gelabah tahap dewa tapi bila hari kedua exam akan berkurangan gelabah itu.
korang tak paya la nak risau, yang penting korang jawab je macam biasa n bagi jawapan yang logik jangan pula bagi jawapan yang menyimpang dari soalan.
Kalau bagi jawapan yang menyimpang tu sudah tentu keputusan nanti pun akan menyimpang.
hahaha.

 P/S : Usaha tangga kejayaan.

Sunday, 13 November 2011

Tahniah Skuad Hoki Negara.



So hari ini aKu nak ucapkan TAHNIAH Skuad Hoki negara kita 'MALAYSIA' menang KEJOHANAN HOKI PIALA SULTAH JOHOR setelah menewaskan AUSTRALIA dengan jaringan 3-2.

Gol yang disumbangkan oleh FITRI SAARI, FAEZZ dan sekali lagi FAEZZ menjaringkan gol untuk membantu  MALAYSIA menjuarai kejohanan ini.

Walaupun tak ada kesempatan nak tengok secara LIVE semalam sebab ada majlis perkahwinan saudara so aku tengok ULANGAN je tengah malam semalam.

Keselurunannya saingan memang sengit antara MALAYSIA dan AUSTRALIA.

Tahniah MALAYSIA.

Friday, 11 November 2011

NewsPaper 3D.


Hari ini aku nak ucapkan Tahniah kat New Straits Times sebab lancaran akhbar 3D mereka.
Ni membuatkan mereka Akhbar pertama melancarkan 3D di MALAYSIA.

Aku antara golongan masyarakat malaysia yang membeli Akhbar 3D NST keluaran pertama mereka.
Puas hati juga la dengan Akhbar 3D ne. Selain tajuk-tajuk utama ada gambar 3D, iklan pun ada juga 3D.
Bukan tengok gambar je baca sekali cerita yang hangat dalam akhbar NST. Alang-alang menyelup pekasam biar sampai ke lengan. Belajar Bahasa inggeris sekali.

Macam kat gambar ni,
korang nampak tak 3D nya tu..??
pasti korang tak nampak punya la..
ehehe..


kalau la laptop tu keluar betul-betul sonang hati den.. hahah
boleh juga la ganti laptop yang sudah lama hidup bersama ku..
Ini antara gambar yang terdapat dalam Akhbar NST.

Ingat Filem kat pawagam je ke yang ada 3D ni, News paper pun ada..
aahahaa..
Dunia sudah maju la katakan.
teknologi pun maju juga.

apa-apa pun Tahniah sekali lagi kat NST.

A beautiful date..

This date is also so smart

Why people like it very date like this.? why.?
some get married, engaged, and so on.

Bagi aku,
tarikh macam ini biasa saja.
Seperti hari-hari yang lalu dan akan mendatang
Tapi nombor tu yang 'BEAUTIFUL'.

Mungkin Tarikh macam ini bagi mereka cantik dan senang di ingati
sampai bila-bila.

SMILE ALWAYS :)

Tuesday, 8 November 2011

Please Forgive Me.

Assalamualaikum.
Hari ini aku nak minta maaf kat mereka (mak bapa aku) sebab sudah melukakan hati mereka.
Aku tak da niat pun nak berbuat sedemikian 
but i want them to understand the situation i am now. My interest in this cost when i from 4.
I know no parents want their child's fails in studies but they want their children to succeed more.

Please give me another chance to connect what i learn in the field of interest.
Insyaallah, i will study hard for this time and make the best for my life.

P/S : Maaf ye kalau 'grammar' aku lintang pukang.

Monday, 7 November 2011

Kerinduan bermain HOKI.

Assalamualaikum semua.
Ape sebab boleh teringat nak main hoki lagi ne.??
kalau zaman sekolah dulu boleh la dapat main tiap-tiap minggu, sekarang jangan harap dapat main lagi. Sedih derr..
Teringat pula time wakil sekolah main hoki dulu, walau pun team sekolah kami tak sehebat MAKTAB SABAH or LIKAS, Masing-masing ada kelebihan sendiri. 
Ni kat UMS, time tamu gadang tahun 2008 kalau aku tak silap la.
Pertandingan Hoki 6(L)/ 7(W) sebelah tertutup jemputan UMS.
kteorang tak hebat sangat pun, gol keper tu je yang hebat sampai peringkat NEGERI.
nak bangga kejap ngan saudara sendiri. hehe.

Perlawanan persahabatan Smk Badin VS Tentera Darat.
Lokasi : Padang turf LIKAS.
Time ne team kteorang di belasa 5-1. Kesian kat kteorang. hahaha.
Tu semua kenangan aku semasa begelar pelajar sekolah menengah.

Semasa aku belajar kat UITM, Aku rasa beruntung sangat la sebab dapat terpilih wakil team UITM untuk piala presiden 2011.

aku nak sangat jumpa dengan orang yang kat gambar bawah ni,
Tengku Ahmad Tajuddin.
dapat ke aku jumpa dia ni.??
dalam mimpi dapat la kot.. hahah.

aduyaiiii,
Bila la dapat main hoki lagi ne. uhu. lama da tak rembat bola guna kayu hoki ne.. :)
Kalau dapat mesti rasa puas akan hadir kan. haha.
apee pon tak boleh...

Sunday, 6 November 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha


Hari ini kita sebagai umat ISLAM menyambut hari raya aidiladha di seluruh dunia tak kira lah dekat mana korang berada.

Aidiladha merupakan perayaan yang istimewa kerana merupakan hari untuk umat islam
memperingati kisah pengorbanan NABI IBRAHIM dalam
menunaikan perintah ALLAH dan kesabaran anaknya NABI ISMAIL dalam memenuhi
perintah ALLAH S.W.T.

So dalam kesempatan ini aku nak ucapakan 
 kepada umat islam dan serta pembaca blog ini (ade kah yang baca).
Harap ade la kan.. hehe :)

Mesti korang dapat makan banyak kan hari ini. Makan ketupat, daging lembu n yang lain2.
Di malaysia LEMBU la yang menjadi mangsa tiap kali raya korban, KAMBING tak banyak dagingnya. hehe
Kalau di luar negara pula terutama negara islam mesti korban UNTA.

Siapa yang merasa kesian dengan haiwan yang di korban.??
mesti ada yang rasa kesian kan.
kalau korang kesian dengan haiwan yang di korban bagus korang jangan makan daging korban ni sebab akan menjadi HARAM. So kalau korang nak bedal daging korban ni tak paya la ada rasa kesian k.

Itu je untuk hari ini.
SELAMAT MENJAMU SELERA. 
:)